fbpx

Lembaran Baru, Setia Bersama S P Setia raikan Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petikan filem Langsir yang menyerlahkan nilai dan erti membantu golongan memerlukan.

PETALING JAYA – Pemaju hartanah, S P Setia melancarkan tema Lembaran Baru, Setia Bersama untuk kempen sambutan Hari Raya kali ini, yang merupakan kesinambungan daripada tema kitar semula yang dilaksanakan pada sambutan Tahun Baru Cina pada awal tahun.

Selaras dengan tema berkenaan, S P Setia telah melancarkan filem pendek perayaannya, bertajuk Langsir yang memberikan inspirasi buat penonton melakukan kebaikan menerusi kitar semula dan membantu golongan memerlukan.

Lanjutan daripada filem tersebut, SP Setia sekali lagi bekerjasama dengan sebuah perusahaan sosial, Kloth Cares bagi mendorong aktiviti kitar semula fabrik.

Sebanyak 41 tong kitar semula telah ditempatkan di galeri jualan dan lokasi S P Setia seluruh negara, termasuk di Melbourne dan Singapura yang mana orang ramai boleh mendermakan langsir dan fabrik yang tidak lagi digunakan mereka.

Tukang jahit daripada kumpulan B40 dari Kloth Cares ditugaskan S P Setia untuk menjahit semula fabrik terpakai yang didermakan untuk dijadikan langsir baharu, yang kemudiannya akan diagihkan kepada keluarga asnaf untuk menghiasi kediaman mereka sempena musim perayaan ini.

Ketua Penjenamaan dan Komunikasi S P Setia, Adelene Wong berkata, kempen tersebut dilaksanakan untuk menyokong komuniti yang memerlukan sambil membantu mengurangkan sisa.

“Ini adalah sebahagian daripada agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) kami, terutamanya sepanjang musim perayaan ini yang disambut secara meluas di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Filem Langsir oleh S P Setia boleh ditonton di sini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI