fbpx

JKDM, Kastam Thailand ganding tenaga banteras penyeludupan diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pintu sempadan Padang Besar. - GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan terus menjalinkan kerjasama dengan Kastam Thailand bagi mengekang aktiviti penyeludupan minyak diesel ke negara jiran.

Menurut JKDM, usaha membanteras penyeludupan diesel itu dapat dilihat melalui kerjasama dijalankan JKDM Perlis bersama Padang Besar Customs House dan Wang Prachan Customs House.

“Selain itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis juga telah mengeluarkan larangan bagi pengisian minyak diesel dan petrol bersubsidi bagi kenderaan berdaftar di Thailand.

“Bagaimanapun, terdapat inisiatif lain di mana kenderaan ini hanya dibenarkan mengisi minyak diesel tanpa subsidi di dua stesen minyak sahaja di negeri Perlis iaitu di Padang Besar dan Wang Kelian,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini tadi.

Kata kenyataan itu lagi, JKDM juga turut memperketatkan keperluan dokumen lengkap terutamanya bagi kes lori yang mengeksport diesel.

“Kastam Thailand juga akan memeriksa mana-mana kenderaan yang masuk atau keluar dari Thailand bagi memastikan tiada tangki tambahan pada kenderaan tersebut.

“Sekiranya ketika ditahan terdapat muatan minyak diesel di dalam tangki tambahan, ia akan dirampas oleh pihak Kastam Thailand.

“JKDM akan terus bekerjasama dengan Kastam Thailand supaya kenderaan tersebut tidak dibenarkan meneruskan perjalanan dari Thailand,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI