fbpx

Ariel Noah pulang beraya naik motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ariel dirakam menunggang motosikal di jalan yang sesak. - TikTok

JAKARTA – Seorang pengguna jalan raya di Indonesia teruja ketika bertemu penyanyi terkenal, Ariel Noah yang pulang ke kampung dengan menaiki motosikal model BMW G310GS, lapor laman berita Detik.

Sinta Rahayu memuat naik sebuah video di media sosial yang memaparkan situasi Ariel yang bertopi keledar ketika bertolak ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri.

“Terserempak dengan Ariel Noah. Dia sangat merendah diri ketika disapa di tengah jalan semasa lalu lintas sesak. Hati-hati pulang ke Jakarta,” demikian menurut kapsyen pada hantaran tersebut.

Walaupun keadaan jalan raya itu sesak dengan kenderaan pacuan empat roda, tidak ramai yang menyedari kehadiran vokalis dari Sumatera Utara itu. 

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Sederhana sungguah Ariel,” komen seorang netizen.

“Benar, Ariel tidak sombong, saya pernah bertemunya di JCC Jakarta,” komen pengguna lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI