fbpx

Farid Kamil bawa Muhammad balik kampung beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Biar hanya dapat membawa seorang sahaja anaknya pulang ke kampung di Kedah  meraikan 1 Syawal, hari raya pelakon dan pengarah, Farid Kamil tetap bermakna.

Pelbagai aktiviti dilakukan bersama permata hati serta anggota keluarga sebaik tiba di desa tercinta di Sungai Petani termasuk ambil angin di sebuah pusat peranginan.

Malah Farid sempat berkongsi pengertian penutup Ramadan dengan memuat naik hantaran berkenaan rutin keluarga besarnya yang bersolat jemaah apabila berkumpul beramai-ramai.

“Selamat malam hari raya. Semoga ibadah Ramadan tetap diteruskan. Insya-Allah,” tulisnya menerusi perkongsian yang dimuatnaik malam tadi.

Suami kepada aktres Diana Danielle itu muat naik momen yangaa memperlihatkan anak sulungnya, Muhammad, 10, di saf hadapan dengan sepupunya, Mateen yang juga putera kepada Fadzil Zahari dan Yana Samsudin.

Menerusi hantaran di Insta Story pula,  Farid, 42, memuat naik video Muhammad sedang melaungkan azan di kediaman orang tuanya.

Sebelum itu, mereka anak beranak kelihatan meluangkan masa bersama di sebuah pusat peranginan. 

Terdahulu, Farid yang berhadapan kemelut perkahwinan dengan Diana sehingga membawa pasangan terbabit ke mahkamah menyuarakan hasrat ingin pulang berhariraya dengan Diana dan dua anak mereka.

Ini kerana isterinya yang memfailkan cerai pada 10 Mac lalu dengan alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq enggan lagi bersemuka dengannya selepas

menolak tawaran perdamaian ditawarkan Farid.

Dia menegaskan enggan membuat sebarang tuntutan kecuali hak penjagaan anak dan dilepaskan cara baik.

Begitupun, menerusi peguamnya, Diana telah memberi kebenaran untuk Farid mengambil kedua-dua anak mereka termasuk Nur Aurora untuk cuti Hari Raya.

Pada 11 April lalu Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan 25 Mei depan sebagai tarikh prosiding sulh kedua buat pasangan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI