fbpx

Warga emas maut diserang ketika jalan kaki ke kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SIMUNJAN – Seorang lelaki warga emas maut selepas diserang oleh seorang lelaki dipercayai menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Simunjan Deputi Superintendan Wong Tee Kui berkata kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 7.40 malam tadi, ketika mangsa yang berusia 63 tahun sedang berjalan kaki ke sebuah kedai sebelum tiba-tiba diserang oleh suspek yang berumur 43 tahun.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dikejarkan ke hospital yang berdekatan dan disahkan meninggal dunia, pagi tadi,” katanya.

Katanya, suspek telah ditangkap hari ini dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut manakala kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI