fbpx

Kematian pertama akibat subvarian Arcturus direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca di pusat vaksinasi Bangkok. - Diego Azubel/Epa-Efe/Rex/Shutterstock

BANGKOK – Kematian pertama berkaitan varian baharu Covid-19, XBB.1.16 atau dikenali sebagai Arcturus telah direkodkan di Thailand ketika negara-negara seluruh dunia mencatatkan peningkatan kes, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan Thailand, Dr. Suakit Sirilak berkata, seorang lelaki warga emas yang tidak identitinya tidak didedahkan meninggal dunia di negara itu.

Menurut Suakit, 27 kes Arcturus telah dikesan dan si mati adalah warga asing yang mempunyai penyakit kronik.

“Oleh itu, kematiannya mungkin tidak secara langsung menggambarkan keterukan subvarian ini, sebaliknya mendedahkan kesannya terhadap faktor lain,” katanya.

Arcturus, yang merupakan subvarian Omicron, pertama kali dikesan di India dan telah berada dalam senarai pantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sejak akhir Mac lalu.

Profesor Dr. Yong Poovorawan, yang mengetuai Pusat Kecemerlangan Virologi Klinikal di Fakulti Perubatan Universiti Chulalongkorn berkata, ia pasti akan menjadi subvarian dominan di Thailand tidak lama lagi.

Antara 9 hingga 15 April lalu, jumlah pesakit Arcturus yang dimasukkan ke hospital meningkat dua setengah kali ganda berbanding minggu sebelumnya di Thailand.

Subvarian itu melonjakkan kes Covid-19 di India dan mendorong pegawai kesihatan untuk mewajibkan semula pemakaian pelitup muka.

Varian baharu itu dilaporkan 1.2 kali ganda lebih mudah menular berbanding Omicron, demikian menurut kajian oleh Universiti Tokyo yang diterbitkan di laman web penyelidikan biologi bioRxiv. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI