fbpx

Anwar minta bantuan Jerman repatriasi rakyat Malaysia dari Sudan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar memuat naik gambar pertemuan beliau dan Presiden Jerman, Februari lalu.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier, semalam.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Presiden Jerman menghubungi beliau bagi membincangkan isu-isu hubungan dua hala Malaysia-Jerman.

Menurut beliau, turut dibincangkan kerjasama anti-rasuah antara institut anti-rasuah kedua-dua negara dan kerjasama dalam inisiatif tenaga karbon hijau.

“Saya juga berkesempatan memohon bantuan daripada pihak Jerman untuk membantu dalam usaha repatriasi rakyat Malaysia dari Sudan.

“Dalam hal ini, Kementerian Luar Negeri akan menggembleng segala usaha bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara terjamin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Konflik di Sudan yang membabitkan dua pihak iaitu Angkatan Tentera Sudan (SAF) dan Rapid Support Forces (RSF) sedang mencetuskan pergolakan politik serta menggugat keselamatan di negara itu. – KOSMO! MALAYSIA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI