fbpx

Jual tanah kerajaan secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara aktiviti penerokaan dan pendudukan tanah kerajaan secara haram oleh pihak tertentu yang dikesan oleh JTS

KUCHING – Kegiatan satu kumpulan menjual tanah kerajaan terbongkar selepas Jabatan Tanah dan Survei (JTS) mengesan aktiviti penerokaan dan pendudukan tanah kerajaan secara haram oleh pihak tertentu di kawasan Matang khususnya di sepanjang Jalan Pehin Sri Adenan.

JTS dalam satu kenyataan hari ini berkata, berdasarkan maklumat risikan, pihaknya kini telah mengenal pasti individu yang dipercayai ketua rangkaian kumpulan peneroka terbabit.

“Mereka menganjurkan penjualan lot tanah secara haram dan berjanji konon tanah boleh dimiiliki melalui urusan yang dianjurkan oleh mereka. Gambar membuktikan aktiviti pendaftaran nama pembeli dan kutipan deposit pembayaran tersebar luas,” kata kenyataan itu.

Justeru, JTS memberi amaran keras kepada kumpulan terbabit supaya memberhentikan aktiviti haram tersebut sebelum tindakan undang-undang diambil selaras dengan Kanun Tanah Negeri termasuk peruntukan undang-undang berkaitan memperdaya dan menipu di bawah Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, orang ramai diingatkan tidak terjebak dan terpengaruh dengan janji kumpulan itu kerana ia boleh membawa masalah kepada mereka, malah akan berhadapan dengan pendakwaan jenayah dan JTS tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian mereka alami.

Kenyataan itu menambah, JTS memandang serius perkara berkenaan dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan termasuk meroboh struktur dan menghalau pendudukan haram di atas tanah kerajaan serta pendakwaan di mahkamah.

Orang ramai dinasihatkan mengemukakan permohonan rasmi kepada JTS sekiranya memerlukan lot kediaman, kerana kerajaan melalui JTS menyediakan lot-lot untuk tujuan kediaman melalui Skim Penempatan Semula (SPS) dan Skim Pembesaran Kampung (SPK). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI