fbpx

Kontena 2 tingkat musnah dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua kontena musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku petang tadi.

KUALA LUMPUR – Sebuah kontena dua tingkat berdekatan surau hangus terbakar di Jalan Alor Off Jalan Bukit Bintang, di sini, malam tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK II), Kamalzul Anuar Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira pukul 7.34 malam.

Katanya, seramai 28 kekuatan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dan BBP Pudu dikerahkan untuk ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kita dapati kebakaran melibatkan sebuah kontena dua tingkat yang berdekatan dengan surau.

“Kontena terbabit telah musnah 100 peratus,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, tiada kemalangan jiwa berlaku manakala punca kebakaran masih dalam siasatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI