fbpx

Bernas ‘belanja’ kelengkapan raya lima keluarga asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak lima buah keluarga asnaf sempat bergambar kenangan bersama kakitangan Bernas setelah selesai membeli-belah.

PETALING JAYA – Padiberas Nasional Berhad (Bernas) telah meraikan dan menyantuni lima keluarga asnaf yang terdiri daripada golongan yatim piatu, petani dan kurang berkemampuan menerusi Program Ikhlas Ramadhan Bernas.

Ketua Jabatan Pengurusan Bekalan dan Skim Bernas, Mohamad Solhi Mohd Salleh berkata, kesemua keluarga tersebut terdiri daripada kariah Masjid Al-Muzakkirin, Kampung Chawi, Telok Intan iaitu sebahagian daripada komuniti Kilang Beras Bernas (KBB) Changkat Lada, Perak.

Jelasnya, kesemua penerima dibawa membeli-belah baju raya mengikut pilihan masing-masing di sebuah pasar raya terkemuka di Manjung.

Tambah Mohamad Solhi, selain daripada persiapan raya, mereka turut menerima wang tunai serta dirai bersama-sama komuniti Sungai Ranggam dan kariah masjid pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Bernas.

“Golongan asnaf ini tidak kita lupakan agar mereka dapat meraikan keistimewaan bulan mulia Ramadan mahupun kemeriahan Aildilfitri seperti orang lain.

“Menerusi program ini, Bernas berbesar hati dapat menceriakan hari mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Bernas turut mengedarkan sumbangan kotak makanan berupa keperluan harian seperti beras, susu, gula, minyak masak, serta wang tunai kepada 15 keluarga asnaf yang lain.

“Dalam program yang sama, Bernas turut menyalurkan bantuan tunai kepada lima buah masjid iaitu Masjid Al-Muzakkirin Kampung Bukit Chawi, Masjid Nurul Hidayah, Masjid Muhajirin, Masjid Jumhuriah dan Surau Ibadur Rahman.

“Bantuan ini diberikan sebagai nilai tambah kepada usaha mempergiatkan lagi program- program di masjid dan surau sepanjang bulan Ramadan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI