fbpx

Bekas penyelia Rela didenda RM5,000 buat tuntutan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasnah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, di sini, atas tuduhan membuat tuntutan palsu atas nama individu lain, empat tahun lalu. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

SEREMBAN – Seorang bekas penyelia Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban, di sini, hari ini atas tuduhan membuat tuntutan palsu, empat tahun lalu.

Hakim Rushan Lutfi Mohamed menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Hasnah Yusof, 68, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan, selain wang yang disita turut dilucut hak kepada Kerajaan Malaysia.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dengan niat curangnya telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu Borang Tuntutan Elaun Penugasan Keselamatan Rela, Jabatan Kastam bagi Januari hingga Mac 2019 yang mana tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen Borang Tuntutan tersebut adalah palsu.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Rela Negeri Sembilan, Wisma Persekutuan, di sini.

Dia dituduh mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Hasnah dalam rayuannya memohon hukuman minima memandangkan dia tidak lagi bekerja selain kini merupakan seorang ibu tunggal.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan, Mohammad Azriff Firdaus Mohammad Ali dalam hujahannya memohon agar mahkamah mengambil kira kepentingan awam berbanding tertuduh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI