fbpx

Liga Super: KL City terlalu unggul buat Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN KL City, Sebastian Osbol Avanzini (No.19) meledak gol kemenangan untuk tewaskan Perak 1-0 di Stadium Bola Sepak Cheras, sebentar tadi. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA Lumpur City seakan sudah menemui rentak sebenar apabila memastikan kemenenangan kedua berturut-turut dan kali ini atasi Perak 1-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Walaupun beraksi 10 pemain untuk kira-kira 30 minit terakhir, skuad The City Boys membuktikan jurang kualiti dengan pelawat untuk menoktahkan kekalahan kelima buat The Bos Gaurus musim ini.

Terdahulu, Perak FC turun tanpa Seo Seonung ekoran kecederaan dan hanya mempertaruhkan Luciano Guaycochea sebagai import tunggal dalam kesebelasan utama.

Memandangkan tuan rumah menurunkan barisan terkuat, KL City jelas lebih tersusun untuk mencipta beberapa peluang terbaik dan perkara positif buat Perak FC adalah kesungguhan pemainnya yang kekal mengerah kudrat setiap kali hilang bola.

Sepakan percuma Paulo Josue pada masa kecederaan babak pertama mencetuskan kelam kabut di depan gawang Perak FC dan kesempatan itu pantas dimanfaatkan Sebastian Avanzini untuk menghasilkan gol pendahuluan KL City.

Skrip hampir sama terus disajikan di babak kedua dengan menyaksikan KL City lebih yakin manakala Perak FC seperti hilang idea setiap kali cuba menggerakan serangan.

Minit ke-64, KL City kehilangan seorang pemain apabila T. Saravanan dilayangkan kad merah dan tiga minit selepas itu, aksi tergendala kira-kira empat minit selepas jaring gol tuan rumah tercabut sebelum petugas stadium bertindak pantas melakukan baik pulih.

Dengan kelebihan seorang pemain, The Bos Gaurus menggandakan usaha namun beberapa peluang terhidang gagal disudahkan dengan jaringan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI