fbpx

Jualan JBoxing tawar diskaun sehingga 90 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Promosi jualan JBoxing yang menawarkan harga termurah dan diskaun sehingga 90 peratus.

PETALING JAYA – Bermula hari ini, orang ramai yang masih mencari keperluan hari raya khususnya yang berjenama dan berkualiti, boleh mendapatkan fesyen pilihan masing-masing secara online dan offline di butik fizikal melalui tawaran jualan harga runtuh, JBoxing.

Acara tahunan yang dinantikan oleh peminat jenama fesyen daripada syarikat Jovian Apparel Sdn. Bhd. itu  boleh mendapatkan fesyen pakaian masing-masing melalui butik fizikalnya yang dikenali sebagai JStore dengan harga tawaran serendah RM1.

Tawaran itu juga menawarkan diskaun antara 30 hingga 90 peratus untuk semua koleksi baharu dan lama.

Pengasas syarikat, Datuk Jovian Mandagie berkata, jualan runtuh ‘boxing day’ itu akan menjadi inisiatif membantu rakyat membuat persiapan menyambut Syawal dengan meriah tanpa perlu berbelanja besar.

“Fokus utama penganjuran jualan runtuh ini adalah untuk meraikan seisi keluarga dan menggalakkan lebih ramai orang berkunjung ke outlet JStore kami.

“Jualan secara online iaitu JBoxing sedang berlangsung selama tiga hari bermula sejak 11 hingga 13 April.

“Kemudian diikuti pada 14 hingga 20 April, jualan berlangsung di semua cawangan butik fizikal dan pop up Jovian,” katanya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Jovian menjelaskan, bersempena jualan tersebut, syarikat turut menawarkan jualan kombo tiga pasang hijab bernilai RM100 manakala pelitup muka pula dijual pada harga RM10 sahaja.

“Kami juga akan menawarkan  koleksi Jovian Ready-To-Wear (RTW) yang memberikan tawaran sangat menarik bagi semua peminat Jovian. 

Tambah Jovian, JBoxing pada tahun ini menjanjikan koleksi yang lebih mengagumkan dengan menyaksikan sejumlah lapan butik fizikal mengambil bahagian untuk acara itu.

“Ia termasuk lima kedai baharu iaitu JStore Publika, JStore Pavilion Kuala Lumpur, JStore Berjaya Times Square, JStore IOI Putrajaya dan JStore Melawati Mall selain tiga outlet JStore terawal iaitu di Shah Alam, Bangsar dan Bangi. 

Selain itu, jenama popular itu akan turut serta dalam karnival jualan Starvendors KLCC Mega Raya Fest 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan juga Absolutbazaar X Gaya Raya di MITEC, Kuala Lumpur. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI