fbpx

Harga nombor plat P7 RM66 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nombor pendaftaran ‘P7’ dijual pada acara lelongan The Most Noble Numbers yang didakan di Dubai, Sabtu lalu. - Emirates Auction LLC

DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE)  –  Nombor  ‘P7’ menjadi nombor plat kenderaan paling mahal  di dunia apabila dijual pada harga hampir 55 juta dirham (RM66,114, 924 ) pada satu  acara lelongan  di UAE, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Lelongan The Most Noble Numbers  di Dubai itu menawarkan nombor pendaftaran kenderaan dan nombor telefon yang luar biasa dan menjadi kegilaan pengguna.

Lelongan tebesar pada acara itu adalah nombor plat  P7 yang dijual pada harga 54,996,994 dirham (RM66,111, 311).

Harga tersebut dibida oleh pengasas aplikasi pesanan ringkas Telegram, Pavel Valeryevich Durov yang berketurunan Perancis-UAE.

Angka itu mengatasi Guinness World Records nombor pendaftaran kereta paling mahal sebelum ini  berharga 52,149,500 dirham (RM62,729,138) untuk nombor ‘1’ dalam satu acara lelongan di Abu Dhabi pada 2008.

Antara nombor pendaftaran kenderaan lain yang dijual dalam acara lelongan sama termasuk ‘AA 19’,  ‘O71’ dan ‘Q 22222’. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI