fbpx

Bayaran rendah, Faizal Hussein tolak berlakon iklan produk antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUKAN bersikap memilih, Faizal sebaliknya berpendirian untuk menerima bayaran setimpal mengikut standard dan status jenama yang memberikan tawaran kepadanya.

KUALA LUMPUR – Bayaran tidak setimpal menjadi punca pelakon Faizal Hussein menolak tawaran untuk berlakon dalam sebuah iklan produk jenama antarabangsa.

Faizal, 55, berkata, tawaran harga diberikan kepadanya terlalu rendah jika dibandingkan dengan status jenama tersebut yang terkenal di seluruh dunia.

“Saya terima dua tawaran berlakon iklan, satu daripada jenama produk tempatan dan satu lagi antarabangsa. Saya pilih untuk terima tawaran iklan produk tempatan.

“Sebab bayaran iklan untuk produk antarabangsa itu lebih rendah berbanding jenama tempatan. Jadi, kita kenalah ajar macam itu kan,” ujarnya ketika ditemui semasa sesi bersama media dan pelakon anjuran Viu, di sini, semalam.

Tidak terlalu memilih, namun pelakon filem Bunohan itu berpendapat tawaran yang datang perlu mengikut standard jenama berkenaan.

“Kalau produk jenama tempatan boleh tawarkan saya harga setinggi RM10,000, jenama antarabangsa itu tak patutlah berikan harga yang lebih rendah.

“Patutnya mereka perlu bayar lebih tinggi sebab jenama antarabangsa. Jadi, kalau mereka tak dapat bayar harga lebih tinggi, saya pun tak nak buat,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas tentang video iklan raya Jakel bersama isteri, Suhaila Sulaiman yang viral baru-baru ini, Faizal berkata, iklan tersebut sebenarnya disiarkan dua tahun lepas.

“Mungkin ketika itu terlalu banyak iklan raya yang menarik, jadi tidak mustahil ramai yang tidak perasan dengan iklan tersebut.

“Cuma sekarang ini bila ramai yang dah tengok, baru mereka rasa iklan tersebut sangat menyeronokkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI