fbpx

Langit Yang Sama Dalia Farhana bikin jiwa galau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIKIN galau! Lagu Langit Yang Sama dendangan Dalia menjadi antara karya bahasa Melayu paling popular dalam pelbagai platform terutama TikTok.

SEDANG menghirup secangkir teh panas usai solat tarawih, tiba-tiba terima satu pesanan menerusi aplikasi WhatsApp daripada salah seorang keponakan nun jauh di desa.

Selain bertanyakan khabar, dia memberi rekomendasi untuk mendengar sebuah lagu berjudul Langit Yang Sama nyanyian penyanyi baharu bernama Dalia Farhana.

Berbakat besar

Sejujurnya, memang tidak lazim langsung akan nama yang disebutkan, namun dek paksaan daripada anak buah kesayangan, penulis dengarkan juga lagu tersebut dan ternyata, masa dihabiskan bukan sia-sia.

Penulis ada ‘soft spot’ untuk mana-mana penyanyi tidak kisahlah lama atau baharu yang tahu apa yang dikerjakan. Dalia menghasilkan atau gubah lagu sendiri dan lebih mengejutkan, video muzik Langit Yang Sama juga merupakan arahan dirinya sendiri. Hebat!

Dia bertudung manis dan masih belum ‘didendangkan’ secukupnya di arus perdana muzik Malaysia. Cuma, lagu tersebut sekarang merupakan antara karya berbahasa Melayu paling popular dalam platform muzik.

DALIA, permata baharu yang sedang dalam gilapan dan masih menanti waktu sesuai untuk menyinar di persada industri seni muzik tanah air.

Ingatkan penyanyi seberang

Barangkali, ramai yang masih tak tahu atau sedar siapakah gerangan penyanyi bersuara lunak yang melantunkan vokal dalam lagu ‘galau’ tersebut.

Pertama sekali, dari segi kualiti muzik, Langit Yang Sama mati-mati membuatkan penulis terpedaya. Ingatkan memang nyanyian artis asal seberang atau Indonesia. Rupa-rupanya, Dalia orang Malaysia.

Hal ini kerana, dari segi sebutan dan kosa kata yang digunakan Dalia dalam lagu terbabit terus-menerus membuatkan penulis berasa sedang mendengar lagu nyanyian penyanyi dari republik itu.

Adakah itu satu perkara yang positif? Barangkali ya dan sebaliknya bergantung cita rasa sesiapa yang mendengar.

Secara peribadi penulis berpendapat, Malaysia dan Indonesia adalah dua negara serumpun yang berkongsi banyak persamaan, termasuklah dari segi muzik khususnya. Tepuk dada, tanya selera.

Mudah faham, melekat

Dari segi nukilan lirik, Langit Yang Sama terkandung mesej yang sangat mudah difahami. Berkisar kisah seseorang yang kita pernah sayang kini menjadi milik orang lain, namun hidup perlu diteruskan, masih berbumbungkan dan mendongak melihat langit yang sama.

LANGIT Yang Sama merupakan gubahan sendiri Dalia, bahkan dia turut mengarahkan sendiri video muzik lagu tersebut.

Ada beberapa perkataan yang jarang digunakan penyanyi atau komposer era sekarang seperti ‘mesin waktu’ dan ‘pita’ yang diadun Dalia sebagai pemilik lagu yang kian meningkat viral sekarang ini.

Sementara itu, dari segi listrik vokal, Dalia bukanlah seorang vokalis ‘powerhouse’. Dia barangkali tahu kekuatannya sebagai seorang penyanyi.

Tidak perlu terjerit-jerit dan hanya membiarkan lagu berderai emosi dengan apa yang dituturkan setiap pukulan melodi dan tulisan lirik dalam lagu.

Sejujurnya, kehadiran penyanyi muda seperti Dalia membuktikan bahawa Malaysia tidak pernah kontang dengan bakat baharu, namun ada antara mereka belum berpeluang untuk dicanang dengan bangga dalam industri.

Kena cara dan gaya kemudian meletus dalam TikTok, memang itulah dinamakan rezeki terpijak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI