fbpx

Bukit Aman cari Roslizal Razali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roslizal Razali

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan seorang lelaki bernama Roslizal Razali bagi membantu siasatan kes.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner A. Skandaguru dalam kenyataan berkata, lelaki berusia 46 tahun itu dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau berkata orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Fairol Abu Bakar di talian 016-4469473 atau 03-22666071. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI