fbpx

K2

Naskhah tarik minat anak muda sertai bidang penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air Malaysia, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri (tengah) menunjukkan buku Aviation Industry for Malaysian yang dilancarkan di Hotel Royal Chulan, Damansara baru-baru ini.

INDUSTRI penerbangan merupakan salah satu lapangan yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dengan tawaran gaji yang lumayan.

Begitu pun, ia adakalanya tidak menjadi pilihan anak muda memandangkan kos pengajiannya yang tinggi.

Malah, industri penerbangan yang merupakan antara industri paling teruk terkesan akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia juga menjadikan orang ramai khususnya anak muda bimbang untuk melanjutkan pengajian dan seterusnya menceburi kerjaya dalam bidang tersebut kerana bimbang jika perkara sama berulang lagi.

Namun begitu, pemulihan sektor pelancongan global yang dapat dilihat selepas Covid-19 mulai reda, membuatkan para pemain industri meliputi akademi penerbangan dan juga syarikat penerbangan memerlukan lebih ramai tenaga industri mahir bagi mengisi kekosongan di syarikat-syarikat penerbangan negara serta menggalakkan anak-anak muda menyambung pengajian bidang itu.

Justeru, akademi penerbangan YEG Academy dengan kerjasama Sekolah Penerbangan dan Hospitaliti MEATECH baru-baru ini melancarkan kempen Aviation Career Malaysia yang bertujuan menarik minat orang ramai untuk menyertai bidang penerbangan.

Aviation Career Malaysia di bawah kempen YEG Pesta Sambung Belajar dilancarkan bertujuan mengetengahkan program diploma dalam bidang penerbangan sebagai tarikan anak muda.

Program itu juga merupakan sambungan kepada kempen YEG Pesta Sambung Belajar sebelum ini yang dimulakan pada tahun 2022 sebagai platform sambung belajar yang telah diinovasi supaya lebih relevan buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pada masa yang sama, YEG Academy turut melancarkan buku bertajuk Aviation Industry for Malaysian.

Buku Aviation Industry for Malaysian banyak menceritakan mengenai pengalaman pekerja industri penerbangan selepas Covid-19.

Menurut Pengarah Pemasaran YEG Academy, Azizulhakim Suhaimi, tujuan pelancaran buku Aviation Industry for Malaysian itu juga bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar dan juga ibu bapa berkenaan masa depan bidang penerbangan.

“Pada masa yang sama, buku ini juga turut memaparkan testimoni tentang karier dalam bidang penerbangan serta pengalaman alumni-alumni MEATECH yang telah berjaya,” ujarnya.

Tambah Azizulhakim lagi, buku tersebut juga menjadi bukti bagi ekosistem lengkap bidang penerbangan yang mana adanya peluang belajar dengan jaminan kerjaya yang disediakan.

“Bidang penerbangan merupakan bidang yang mana graduan yang masuk belajar akan mendapat tempat dalam bidang pekerjaan. Ramai yang mungkin bertanya tentang kos pengajian bidang penerbangan yang tinggi, namun perlu juga dilihat jaminan pekerjaan yang disediakan selepas itu.

“Justeru dengan adanya buku ini, maka orang boleh melihat sendiri hasilnya kerana pastinya sebelum membuat sesuatu keputusan, orang ramai mahu melihat hasilnya dulu dan semua itu ada diceritakan dalam buku ini,” ujarnya.

YEG Academy menjangka untuk menerbitkan sebanyak 10,000 naskhah buku Aviation Industry for Malaysian itu yang dikatakan Azizulhakim akan diberikan secara percuma kepada mereka yang mengikuti jelajah kempen

Aviation Career Malaysia di semua negeri-negeri di seluruh Malaysia bermula bulan lalu.

Azizulhakim berkata, buku tersebut adalah jilid kedua yang diterbitkan dengan menceritakan pengalaman pekerja industri penerbangan selepas Covid-19.

“Jika dalam jilid pertama kami menerangkan tentang pengalaman pekerja industri penerbangan secara amnya, dalam jilid kedua ini pula lebih memfokuskan tentang cabaran dan pengalaman mereka yang terlibat dalam industri selepas Covid-19,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN