fbpx

Lelaki mabuk rosakkan ATM akibat kad bank ditelan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki bertindak merosakkan mesin ATM dan menendang tong sampah kerana geram kad bank miliknya ditelan.

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki mabuk yang bertindak cuba memecahkan cermin sebuah mesin ATM di Jalan Bestari 6/2, Taman Nusa Bestari di sini akibat kad miliknya ditelan, telah ditahan polis, awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, suspek warga tempatan berusia 35 tahun itu ditahan pada pukul 3.15 pagi.

Menurut beliau, selain cuba memecahkan cermin ATM tersebut, suspek turut bertindak menendang tong sampah kerana berasa marah.

“Anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Bahagian Pencegah Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Iskandar Puteri telah berjaya menangkap suspek yang disyaki telah melakukan khianat pada harta benda.

“Kejadian berlaku di dalam Alliance Bank, Jalan Bestari 6/2, Taman Nusa Bestari. Suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah Rahmat, orang awam yang memperuntukkan sebarang maklumat berhubung salah laku jenayah boleh menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622 atau 07-5114486.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI