fbpx

Penggodam ugut dedah data peribadi 55 juta rakyat Thai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ancaman yang dihantar oleh penggodam 9Near kepada jabatan-jabatan kerajaan dibuat di laman webnya kelmarin. - Foto Thaiger

BANGKOK – Seorang penggodam yang menggunakan nama samaran, 9Near mengugut akan mendedahkan data peribadi milik 55 juta rakyat Thailand me­lainkan kerajaan menghubungi­nya selewat-lewatnya 5 April ini, lapor portal berita Thaiger kelmarin.

9Near membuat ugutan tersebut di laman web gelap, BreachForums. Katanya, dia telah mencuri data peribadi 55 juta rakyat Thai daripada jabatan-jabatan kerajaan dan akan menjualnya.

Data curi itu termasuk nombor kad pengenalan, nama , nama keluarga, tarikh lahir, alamat dan nombor telefon. 9Near juga telah menyiarkan maklumat peribadi 90 warga Thailand sebagai bukti dia serius dan tidak berbohong.

Menurutnya, pembeli-pembeli maklumat boleh membeli data yang mereka mahu tetapi perlu membayar dalam mata wang kripto, XMR.

Dia kemudian melancarkan laman webnya, 9near.org yang menunjukkan jam undur dan mesej amaran kepada jabatan-jabatan kerajaan.

“AMARAN!! Jika anda sangka data yang bocor adalah daripada organisasi anda, hubungi kami sebelum 5 April, pukul 4 petang GMT+7. Jika tidak, kami akan mengumumkan dari mana ia datang dan cara kami menggodamnya. Kami juga akan mendedahkan semua data berkenaan. Ini adalah waktu hampir dengan

pilihan raya, jadi buat keputusan dengan bijak. Kami bukan bergurau. Bagi POC (demonstrasi), hantarkan nama atau nombor telefon,” kata amaran tersebut

Seorang pembaca berita popular di Thailand, Sorayuth Suthassanachinda memaklumkan kepada umum bahawa dia menerima mesej ugutan daripada 9Near yang menghantar maklumat peribadinya pada telefon mangsa melalui khidmat pesa­nan ringkas (SMS).

Mesej itu menyatakan: “9Near. Semak data yang bocor! https://9near.org/ …..nama penuh Sorayut, alamat dan nombor te­lefon….”

Seorang wartawan lain daripada saluran Voice TV, Chuwat Rerksirisuk berkata, dia juga menerima mesej serupa.

Sementara itu, Menteri Ekonomi Digital dan Masyarakat, Chaiwut Thanakamanusorn berkata, laman web itu dikendalikan dari luar negara.

Pihak kementerian telah meng­hubungi penyedia perkhid­matan laman web supaya menutup laman web itu pada 29 Mac lalu tetapi kelulusan masih dalam proses.

Kata Chaiwut, kementeriannya akan bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan internet di Thailand seperti AIS, True dan National Telecom Public Company Limited untuk menyekat akses ke laman web 9Near.

Menteri itu juga memberi amaran kepada semua penggodam bahawa hukuman berat menanti mereka.

Menurut Akta Komputer, penggodam akan berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun, manakala di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi, mereka boleh dihukum penjara sehingga satu tahun dan denda sehingga 1 juta baht (RM129,474)

Portal berita The Matter melaporkan, ini bukan kali pertama maklumat peribadi warga Thailand dicuri, manakala sistem keselamatan data jabatan rasmi juga dipersoalkan.

Pada Februari tahun lalu, data milik seramai 23,000 pelajar yang disimpan dalam Sistem Kemasukan Pusat Universiti Thailand telah digodam dan dijual.

Pada November tahun samau, maklumat peribadi doktor dan pesakit Hospital Phetchabun te­lah digodam dan dijual pada harga 15,000 baht (RM1,942) di laman Forum Raid. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI