fbpx

KKM kongsi semula surat larangan sertai himpunan haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Surat edaran bertarikh 30 Jun 2011 disiarkan di Facebook KKM.

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) kongsi semula Surat Edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan pada 2011 sebagai peringatan kepada kakitangan awam supaya tidak menyertai mana-mana perhimpunan haram.

Surat bertarikh 30 Jun 2011 itu disiarkan di Facebook KKM dengan Unit Integriti kementerian itu menyatakan pembabitan penjawat awam dalam perhimpunan haram adalah melanggar Peraturan 4 (1) dan 4(2), P.U.(A) 395/1993.

Surat tersebut turut memperincikan bentuk perhimpunan haram yang antaranya bermakna menggunakan masa pejabat atau meninggalkan pejabat untuk melihat dan menyertai perhimpunan.

Bentuk perhimpunan haram itu juga termasuk menggunakan peralatan pejabat seperti mesin cetak, mesin penyalin komputer untuk mencetak atau mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram.

Terdahulu, terdapat ura-ura mengatakan kumpulan doktor kontrak akan melakukan mogok pada Isnin hingga Rabu ini dengan menggesa pegawai perubatan itu mengambil cuti perubatan atau cuti kecemasan sebagai protes terhadap sistem tidak adil dan gaji rendah dalam sektor penjagaan kesihatan awam.

Kumpulan itu juga memberi amaran terdapat 3,000 doktor kontrak akan meletak jawatan daripada KKM pada bulan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI