fbpx

Zamarul Hisham buat penonton menangis lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WATAK Razil menghangatkan nama Zamarul sepanjang minggu ini.

BERILAH apa sahaja watak kepada Zamarul Hisham, pasti akan berjaya memukau penonton dengan gaya lakonan hebatnya.

Terbaharu, Zamarul sekali lagi membuatkan penonton menitiskan air mata menerusi lakonan hebatnya dalam drama Saat Hilangnya Cintamu gandingan bersama Rita Nadira.

Dalam drama terbitan Zeel Production itu, dia melakonkan watak suami yang tersakiti kerana isteri curang dengan lelaki lain.

Paling meruntun jiwa penonton, Zamarul yang melakonkan watak bernama Razil sanggup tinggal dalam sebuah pondok kecil bersebelahan rumah bekas isteri kerana enggan berpisah dengan dua anaknya.

Rata-rata penonton memuji kehebatan lakonan Zamarul kerana berjaya merobek hati penonton walaupun sudah berusia 52 tahun.

Difahamkan, drama tersebut diangkat daripada kisah benar sekaligus membuktikan lelaki setia itu memang benar-benar wujud.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI