fbpx

Lelaki dilaporkan hilang selamat kembali ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar berjoging berhampiran Anjung Bercham Indah di sini selasa lalu, telah selamat pulang ke rumahnya semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan awal mendapati, mangsa telah pengsan sepanjang tempoh kehilangannya kerana diketuk dua lelaki tidak dikenali dari arah belakang.

Katanya, kejadian itu didakwa berlaku sekitar pukul 6.45 petang pada Selasa.

“Mangsa mendakwa telah tersedar pada pukul 3 pagi semalam dan pulang ke rumahnya pada pukul 6 pagi.

“Mangsa yang mengadu sakit kepala kini menerima rawatan di hospital,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya telah menerima laporan kehilangan lelaki berusia 32 tahun itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan daripada pelbagai sudut.

Katanya, kertas siasatan bagi kes tersebut dibuka mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun.

“Orang ramai yang melihat kejadian, diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintenden Chua Sze Yuan di talian 012-6195312,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial Facebook mengenai kejadian seorang lelaki dilaporkan hilang ketika keluar berjoging di satu kawasan perumahan di Bercham sejak Selasa lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI