fbpx

Khemah berniaga terbang dibadai puting beliung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Asiah ketika cuba menyelamatkan khemahnya selepas dibadai puting beliung, baru-baru ini.

KLANG – Seorang ibu tunggal anak tiga mendapat semangat baharu bagi meneruskan jualan berbuka puasa apabila menerima khemah baru selepas peralatan tersebut rosak diterbangkan puting beliung, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 petang, sebanyak lima khemah peniaga di Bazar Ramadan Persiaran Hamzah Alang di sini rosak selepas lokasi itu ‘diserang’ puting beliung.

Noor Aisah Gupri, 32, berkata, semasa kejadian dia sempat memegang besi khemahnya apabila pusaran angin itu bermula dari arah bawah sebelum ia terbang beberapa meter dan terhempas ke bawah.

“Pada mulanya hujan lebat sebelum puting beliung berlaku kira-kira 10 minit sahaja dengan empat lagi khemah peniaga turut menerima nasib sama.

“Semua lauk juadah untuk jualan dan meja turut terbalik dan tidak mampu menyelamatkannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Meru, hari ini.

Terdahulu Noor Aisah menerima kunjungan dan sumbangan berupa sebuah khemah dan barangan keperluan daripada Puteri UMNO Bahagian Kapar.

Jelas Noor Asiah, susulan kejadian tersebut dia mengalami kerugian lebih RM700 dan pada masa sama gembira kerana dapat berniaga semula di bazar itu.

“Saya anggap ini dugaan dalam berniaga buat pertama kali di bazar Ramadan. Pemberian khemah itu membolehkan perniagaan saya kembali beroperasi hari ini.

“Tambahan, dengan berniaga sahaja adalah punca pendapatan saya bagi membesarkan anak-anak yang masing-masing berusia enam hingga sembilan tahun selepas bercerai dengan suami sejak enam tahun lalu ,” ujarnya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI