fbpx

‘Scammer’ jual motosikal murah secara dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar contoh ‘scam’ melibatkan motosikal murah.

PETALING JAYA – Semua pengguna dinasihatkan untuk berhati-hati ketika membuat pembelian motosikal lelong secara dalam talian bagi mengelakkan ditipu.

Menurut perkongsian satu portal, harga motosikal yang dijual terlalu murah berbanding harga pasaran adalah mustahil, lebih-lebih lagi apabila penjual tidak mempunyai kedai secara fizikal.

“Hati-hati, sebenarnya banyak ‘page-page’ Facebook palsu menyiarkan iklan-iklan ini. Bila kita tanya kedai di mana, nak datang tengok kedai, terus tak dibenarkan,’’ katanya.

Mereka juga juga bijak dalam menipu mangsa dengan cara berjanji untuk menghantarkan barangan atau motosikal yang ditempah secara terus ke rumah pelanggan, namun akhirnya ditipu selepas menyerahkan wang.

Portal itu turut mengingatkan pengguna untuk melupakan hasrat membeli kerana taktik sebegitu hanya ‘scam’ semata-mata.

Seorang individu yang ingin dikenali sebagai Iskandar berkata, harga motosikal murah sebenarnya memang wujud sebelum ini, tetapi hanya untuk motosikal (lari kedai) atau yang sudah disita.

Perkongsian itu mendapat 446 tontonan di aplikasi twitter. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI