fbpx

Makan kacang boleh kurus, kurang risiko sakit jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Mempunyai kadar Glycemic Index (GI) yang tinggi, kacang berupaya membuatkan penggemarnya berasa lambat lapar, sekali gus boleh mengurangkan berat badan.

Pakar kesihatan, Dr. Samhan berkata, menjadikan kacang sebagai snek harian adalah sangat bagus untuk kesihatan di samping membantu dalam menurunkan berat badan.

Katanya, kacang seperti walnut, haze, badam, gajus, pistasio dan kacang tanah boleh memberikan kesan dramatik dalam mencegah penyakit jantung berbanding mereka yang jarang memakannya.

“Berdasarkan kajian daripada ketua pengkaji penyelidikan Dr. Marta Guash-Free, memakan kacang walnut sebanyak sekali atau tiga kali seminggu boleh mengurangkan bahaya penyakit jantung sebanyak 20 peratus,” katanya.

Tambahnya, satu kajian telah dilakukan melibatkan 200,000 orang yang dipantau kesihatan mereka sepanjang tiga dekad mendapati bahawa makan kacang berjaya mengurangkan penyakit jantung iaitu punca kematian utama di seluruh dunia.

Perkongsian itu tular selepas Dr. Samhan menerangkan kebaikan yang ada pada kacang sehingga mendapat 32,000 tontonan, 296 tanda suka dan 145 ulang siar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI