fbpx

Lelaki hilang rantai emas semasa dipeluk transgender

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa bernasib baik apabila kejadian itu disedari oleh rakannya. - Polis Thailand

BANGKOK – Seorang lelaki warga Singapura kehilangan seutas rantai emas berharga 29,566 baht (RM3,802) selepas dipeluk oleh seorang wanita transgender di Thailand, lapor laman berita Kompas hari ini.

Menurut akaun Facebook @Lumphini Police, kejadian itu berlaku di sekitar Stesen Kereta Api Asok di Bangkok, Thailand.

Pelancong Singapura bernama Andy Koh Kuan Yong, 52, ketika kejadian dilaporkan berjalan-jalan bersama rakannya berhampiran stesen tersebut.

Seorang wanita transgender tiba-tiba menghampiri mereka lalu memeluk lelaki itu yang dilihat sebagai tanda kemesraan. 

Suspek kemudian mengambil rantai emas milik mangsa sebelum melarikan diri.

Rakan Andy dari Thailand, Yutthana menyedari perkara itu dan segera mengejar pencuri tersebut untuk menangkapnya. Mereka kemudian melaporkannya kepada polis.

Suspek bernama Kinkon berusia 36 tahun itu didapati tidak mempunyai sebarang dokumen peribadi dan didakwa merupakan pendatang asing tanpa izin dari Kemboja.

Jika sabit kesalahan, Kinkon boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan denda 100,123 baht (RM12,875). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI