fbpx

Firma AS dakwa China intip Britain guna peti sejuk, mentol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara peralatan yang didakwa mengandungi mikrocip tersebut adalah peti sejuk, mentol lampu dan jam tangan. - Shutterstock/ Digital Genetics

LONDON – Satu laporan baharu mendakwa China boleh mengintip sesiapa sahaja di Britain menerusi peti sejuk pintar, mentol lampu dan peralatan lain yang dikawal oleh sebuah aplikasi, lapor portal berita MailOnline.

Laporan diterbitkan badan perunding yang berpangkalan di Washington, Observe, Orientate, Decide, Act (OODA) itu mendedahkan bahawa mikrocip yang ditanam di dalam kereta dan peralatan-peralatan domestik menimbulkan ancaman meluas kepada keselamatan negara. Ini kerana China didakwa boleh menggunakannya sebagai senjata dan mengintip berjuta-juta rakyat Britain.

Komponen itu juga dikatakan terdapat di dalam komputer riba, pembesar suara, jam tangan pintar, meter tenaga pintar, kamera loceng pintu, kamera badan polis, mesin ATM, kereta dan tab mandi.

Ia didakwa boleh mengumpul data dan diserahkan kepada pemerintah China jika diarahkan.

Ditulis oleh bekas diplomat di Beijing, Charles Parton, laporan itu berbunyi: “Sudah tiba masanya untuk negara membangun, bebas dan terbuka mengharamkan komponen buatan China daripada rantaian bekalan mereka secepat mungkin.”

Menurut laporan sama, tiga syarikat China iaitu Quectel, Fibocom dan China Mobile menguasai 54 peratus pasaran global dalam peranti pintar.

Pada bulan ini, perkhidmatan keselamatan didakwa membongkar kereta milik kerajaan Britain dan menemui sekurang-kurangnya satu peranti seumpama itu sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa China boleh menjejaki semua lapisan masyarakat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI