fbpx

KPDN periksa bekalan berkait isu kenaikan harga ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin bercakap pada sidang akhbar selepas melancarkan Jualan Rahmah Hari Raya Sabella, di Batu Caves hari ini.

SELAYANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) akan mendapatkan data bekalan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) berhubung isu kenaikan harga ayam.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kenaikan harga barang mentah itu ketika ini mungkin disebabkan isu bekalan yang mana di bawah tanggungjawab MAFS.

“Walaupun semalam Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mengeluarkan angka, namun kita akan dapatkan fakta dan maklum balas daripada Kementerian Pertanian kerana bekalan (ayam) adalah di bawah tanggungjawab mereka.

“Apabila bekalan itu kita dapat tentukan faktanya, barulah kita akan lihat dari segi harga (ayam) tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Jualan Rahmah Hari Raya Sabella, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, pihaknya tidak mempunyai perancangan untuk menaikkan harga kawalan bagi barang mentah itu ketika ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan purata harga ayam standard pada bulan Februari 2023 meningkat kepada RM10.33 sekilogram berbanding RM9.46 pada Februari 2022 yang mana turut melepasi harga kawalan ditetapkan iaitu RM9.40.

Mengulas mengenai Payung Rahmah hanyalah sebagai pertunjukan politik, beliau berpandangan bahawa orang ramai perlu melihat inisiatif tersebut secara objektif.

“Kita harus lihat program itu secara objektif kerana inisiatif Payung Rahmah ini merupakan sesuatu pendekatan di mana satu barangan yang sangat sukar kita turunkan harganya atas faktor bekalan, cuaca dan juga isu antarabangsa, dapat kita turunkan barangan B dengan adakan Jualan Rahmah.

“Jadi, sesiapaun yang ingin memberi pandangan tentang inisiatif Payung Rahmah perlu mendapatkan fakta yang betul kerana isu kos sara hidup tidak boleh kita selesaikan dengan hanya mengharapkan harga barang turun,” uajrnya.

Tambah Salahuddin, usaha menangani isu kos sara hidup perlu mempunyai inisiatif yang melibatkan kolarasi tidak kurang daripada 11 kementerian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI