fbpx

4 pramugari ditahan seludup 11 kilogram kokain dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat pramugari tersebut tidak mengetahui keberadaan dadah dalam beg tangan mereka. - Thaiger

HANOI – Empat pramugari Vietnam Airlines yang ditahan dalam penerbangan dari Paris awal bulan ini kerana menyeludup dadah yang dibungkus dalam tiub ubat gigi, telah dibebaskan dengan ikat jamin kelmarin, lapor laman berita VnExpress.

Polis menahan empat pramugari tersebut pada 16 Mac lalu selepas 11.4 kilogram (kg) kokain dan ketamin ditemui dalam beg tangan mereka sebaik sahaja tiga di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, Bandar Raya Ho Chi Minh.

Antara yang ditahan bernama Nguyen Thanh Thuy, Vo Tu Quynh, Tran Thi Thu Ngan dan Dang Phuong Van.

Kru-kru kabin itu mendakwa bahawa mereka tidak tahu 157 daripada 327 tiub ubat gigi seberat 60 kilogram itu mengandungi dadah. 

Pramugari itu berkata, mereka dibayar AS$425 (RM1,881) oleh seseorang di Perancis untuk mengangkut ubat gigi itu setelah diminta oleh seorang pekerja Vietnam Airlines yang lain.

Empat pramugari itu mendakwa bahawa mereka telah melakukan pemeriksaan sebelum menerima ubat gigi tersebut dan tidak mengetahui keberadaan dadah di dalam bagasi mereka.

Pihak berkuasa memaklumkan bahawa tiada bukti yang mencukupi untuk tuduhan jenayah ke atas mereka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI