fbpx

‘Mak cik maskot’ terharu terima motosikal daripada Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew (kanan) menghadiahkan sebuah motosikal buat 'mak cik maskot' (kiri).

PETALING JAYA – Pendakwah bebas dan aktivis masyarakat terkenal, Ebit Lew menyentuh hati ramai pihak apabila menghadiahkan sebuah motosikal buat ‘mak cik maskot’.

Menerusi perkongsian Ebit di akaun Facebooknya, mak cik tersebut difahamkan tidak mempunyai kenderaan untuk keluar mencari rezeki.

“Sebak rasa masa terbaca kisah mak cik berusia 66 tahun ni yang waktu malam mencari rezeki dengan menjadi maskot.

“Hidup berdua dengan suami tiada anak. Tiada kenderaan kereta atau motor. Naik Transit Aliran Ringan (LRT) untuk bergerak kemana-mana. Sampai lewat malam di Uptown Danau Kota.

“Hadiahkan motor untuk mak cik ni. Mak cik gembira. Katanya tak pernah dapat hadiah begini,” tulisnya.

Tambah Ebit, dia juga turut mendoakan agar mak cik yang bersikap lembut dan baik ini sentiasa dibawah peliharaan Allah.

Terdahulu Kosmo! melaporkan mak cik berkenaan mencari rezeki dengan memakai ‘maskot’ bagi menghiburkan orang ramai di Bazar Malam Wangsa Maju.

Kelihatan sesekali warga emas terbabit keletihan dan membuka ‘maskot’ dipakainya untuk menghirup udara segar ketika dalam kepayahan mencari rezeki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI