fbpx

Panahan petir punca kebakaran Masjid Ibnu Sina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik oleh di Facebook rasmi Masjid Ibnu Sina berkenaan kejadian kebakaran melibatkan rumah ibadat itu, semalam.

KUALA LUMPUR – Suasana hiba permulaan bulan Ramadan bagi kariah Masjid Ibnu Sina di Wangsa Maju, di sini selepas rumah ibadat itu terbakar dipercayai berpunca dari panahan petir ke arah bumbungnya, semalam.

Masjid Ibnu Sina dalam kenyataan di Facebook berkata, panahan petir itu mencetuskan kebakaran dan merebak dengan cepat.

“Dukacitanya dimaklumkan bahawa Masjid Ibnu Sina telah ditimpa musibah di awal permulaan Ramadan. Maklumat daripada forensik bomba melaporkan kejadian berpunca dari panahan petir yang kuat diatas bumbung masjid dan api merebak begitu cepat.

“Pihak bomba juga memberi kebenaran untuk solat di kawasan terbuka (beranda) masjid,” menurut kenyataan hari ini.

Semalam, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Nordin Pauzi dipetik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.10 malam.

“Tiga jentera dengan kekuatan 21 anggota dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi pada 7.17 malam melakukan kerja pemadaman di ruang masjid yang terjejas dan api berjaya dikawal kira-kira 10 minit kemudian dengan kemusnahan 90 peratus di ruang solat utama.

Jelas pihak Masjid Ibnu Sina, pihaknya bersetuju untuk menghentikan segala aktiviti masjid setakat ini.

“Sementara ini jemaah dan anak kariah boleh memilih masjid yang berdekatan untuk menjalankan aktiviti ramadhan. Pihak masjid juga sedaya upaya menyediakan tempat solat yang selesa untuk jemaah dalam masa secepat mungkin.Segala makluman akan diberitahu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI