fbpx

Mahkamah: Suami isteri dituduh eksploitasi seks anak OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua tertuduh diiringi anggota polis ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang hari ini.

SEBERANG PERAI – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan memperdagangkan anak perempuan yang juga orang kelainan upaya (OKU) lembam bagi tujuan eksploitasi seksual Januari lalu.

Tertuduh merupakan bapa tiri dan ibu kandung mangsa yang masing-masing berusia 63 dan 40 tahun itu bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa telah memperdagangkan anak perempuan mereka berusia 20 tahun yang juga pemegang kad OKU masalah pembelajaran pada Januari hingga 14 Februari lalu di sebuah rumah pangsa di Bukit Mertajam antara pukul 6 petang hingga 10 malam.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 15 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Qatrin Nada Harun tidak menawarkan sebarang jaminan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, lelaki warga emas yang juga penganggur manakala isterinya bekerja sebagai tukang urut tampak bingung apabila diminta mahkamah untuk mengemukakan rayuan.

Noor Aini kemudiannya memaklumkan bahawa beliau memberi peluang kepada kedua-dua tertuduh untuk membuat rayuan.

Noor Aini kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan masing-masing seorang penjamin selain dikenakan syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan, selain pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 April sebagai tarikh serahan dokumen dan lantikan peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI