fbpx

Hab persalinan lengkap baju Melayu di ibu kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri: Ahmad Fitri, Fathy dan Fariz bekerjasama mengusahakan bisnes baju Melayu, Juragan yang bertempat di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. – Foto MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

MULA membantu perniagaan keluarga seawal usia lapan tahun telah melahirkan bibit cinta dalam diri Fariz Jamaluddin untuk mengusahakan busana persalinan lelaki dan kini impiannya itu terlaksana menerusi jenama Juragan.

Perniagaan tersebut telah dijalankan sejak Jun 2022 bersama dua orang lagi tulang belakang utama iaitu Fathy Salleh dan Ahmad Fitri Kamarullizam yang beroperasi di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Juragan menawarkan set persalinan lengkap untuk lelaki seperti baju Melayu dewasa, baju Melayu slim fit, kurta, baju Melayu moden klasik (pesak) selain busana untuk bayi serta kanak-kanak lelaki.

Jenama itu juga menawarkan songkok dan kain samping sebagai pelengkap gaya, sekali gus menjadi hab persalinan lengkap lelaki.

Fariz yang juga Pengasas Juragan berkata, sejak kecil dia sudah terbiasa membantu keluarga menjual persalinan lelaki seperti baju Melayu, songkok dan kain samping di bazar Ramadan dan gerai jualan (booth) sekitar Kuala Lumpur.

“Pengalaman yang ditimba itu meyakinkan saya untuk mengusahakan jenama Juragan dengan menampilkan keistimewaan dari segi jahitan, keselesaan dan kualiti kain.

“Setakat ini kami hanya memberi fokus kepada persalinan lelaki dan akan datang bercadang untuk memvariasikan rekaan termasuklah menawarkan busana wanita.

“Kami mahu Juragan menjadi pusat sehenti untuk pakaian seisi keluarga,” ujar anak bongsu daripada empat beradik itu.

Penggunaan fabrik puzzle plain bukan sahaja berkualiti tinggi tetapi selesa dipakai dalam keadaan cuaca di Malaysia.

Mengulas lanjut mengenai nama Juragan, Fariz memberitahu, ia bermaksud nakhoda atau ketua dan pangkal huruf J itu sebagai simbolik kepada nama arwah bapanya Jamaluddin Amiruddin.

Sementara itu, jenama tersebut menggunakan dua jenis jahitan leher iaitu teluk belanga untuk baju kurta dan baju bayi serta kanak-kanak, manakala cekak musang pula untuk baju Melayu.

Juragan menggunakan fabrik puzzle plain yang bukan sahaja berkualiti tinggi, selesa dipakai dan sesuai dengan cuaca di Malaysia, tetapi juga elok terletak di badan apabila dipakai.

“Kami menawarkan saiz XS hingga XL untuk baju Melayu slim fit, manakala baju Melayu moden klasik dan kurta bermula XS hingga XXXL.

“Bagi songkok pula kami menggunakan baldu yang dipanggil sebagai benang 9000 premium dengan potongan rata dan didatangkan dalam dua ukuran iaitu empat inci dan empat inci setengah,” terangnya.

BUKAN sahaja untuk lelaki dewasa, pakaian untuk kanak-kanak juga ditawarkan.

Jelas Fariz lagi, sempena sambutan hari raya, pihaknya menawarkan promosi jualan istimewa untuk para pelanggan yang membeli di butik sahaja.

“Seratus pelanggan terawal yang membeli baju dewasa akan menerima kain samping percuma. Selain itu, kami juga menawarkan diskaun RM20 bagi pembelian sehelai baju yang bermula dari sekarang sehingga tamat hari raya,” tutur bapa kepada dua orang cahaya mata itu.

Juragan menawarkan harga persalinan kanak-kanak dan bayi bermula RM129 hingga RM149, manakala baju dewasa kurta berharga RM129.

Bagi baju Melayu slim fit dan moden klasik pula bermula RM209 hingga RM239 sepasang.

Tambah Fariz, Juragan juga akan membuka gerai jualan sempena hari raya yang bertempat di pusat beli-belah Avenue K pada 24 Mac selama 38 hari dan StarVendors pada 13 April hingga 17 April.

Pembelian juga boleh dibuat secara online di laman web www.juraganmy.com, Shopee dan media sosial rasmi Juragan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN