fbpx

Tidak lagi ideal bina keluarga di bandar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MENJENGUK ke laman sosial ramai mengeluh mengenai bebanan kos sara hidup. Mereka yang senang sedikit dan mampu mungkin melihat ini perkara ‘mengjengkelkan’, atau menyifatkan ia bukan ukuran sebenar realiti cabaran dihadapi majoriti rakyat di negara ini.

Kesusahan manusia ini pelbagai. Pemikiran yang sihat adalah akal yang tidak sewenang-wenangnya menghukum. Jika ada orang susah cepat-cepat kita mengatakan si polan ini tidak rajin bekerja, usahanya pula ala kadar.

Kenapa ketika sihat boleh bekerja tidak menyimpan? Buatlah tabungan untuk waktu-waktu ‘darurat’. Sedangkan untung nasib seseorang itukan berbeza.

Seorang kenalan pernah menyebut, tingkat sabar orang dalam ‘peperangan’, berjuang untuk hidup berbeza dengan sabar orang yang hidupnya selesa.

Ketika itu penulis melawatnya di Singapura pada penghujung 2019. Kenalan penulis ini bosan selepas orang mengetahui nasibnya dan disusuli dengan ucapan ‘sabar, sabar’.

Beliau merupakan seorang ahli perniagaan, dilarang meninggalkan Singapura selepas didakwa terlibat dengan kesalahan komersial.

Pasportnya ditahan dan dia tidak dibenarkan oleh imigresen Singapura untuk meninggalkan negara tersebut.

Nasibnya mirip filem The Terminal lakonan Tom Hanks. Bebas ke mana-mana pelosok selagi masih berada dalam ‘tanah jajahan’ Singapura tetapi hakikatnya ‘terpenjara’.

Menurut laporan dikeluarkan Jabatan Perangkaan tahun lalu, kadar perbandaran di Malaysia setakat 2020 berada pada 75.1 peratus.

Penduduk bandar pada tempoh sama berkembang kepada 24.4 juta, manakala penduduk luar bandar pula adalah seramai 8.1 juta. Mereka yang tinggal di Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan 100 peratus penduduk bandar.

Ia diikuti dengan Selangor (95.8 peratus), Pulau Pinang (92.5 peratus) dan Melaka (90.9 peratus). Secara tidak langsung transformasi ini menyumbang kepada perubahan kualiti kehidupan individu.

Ketika ini seorang pesara berusia 55 tahun memerlukan paras simpanan ideal sebanyak RM600,000 untuk meneruskan hidup sehingga usia 75 tahun. Jumlah ini hanya untuk menampung keperluan asas seperti makanan dan perbelanjaan harian di bandar utama.

Nilai itu juga untuk pesara bujang. 10 tahun akan datang tidak mustahil jumlah simpanan ideal itu akan bertambah. Dalam keadaan orang ramai yang makin tersepit dengan kos sara hidup ini penulis tidak yakin kita mampu menyimpan untuk persaraan.

Lebih-lebih lagi jika anda tinggal di bandar-bandar utama dan dalam kategori miskin bandar. Nampaknya membina keluarga di bandar-bandar besar bukan lagi ideal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI