fbpx

Penganggur mengaku salah rompak wanita di kedai runcit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi Mohd. Fauzan (kiri) untuk didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak seorang wanita di sebuah kedai runcit sehingga mengalami kerugian sebanyak RM1,000, pada bulan lalu.

Tertuduh, Mohd. Fauzan Mat Ali, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan rompak dengan bersenjatakan sebilah parang terhadap seorang wanita, Halimah Yusuff, 48, sehingga mengalami kerugian sebanyak RM1,000.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah kedai runcit di Kampung Belukar, Panji, di sini kira-kira pukul 11.30 malam pada 15 Mac 2024.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ahmad Faiz Fitri tidak mencadangkan jaminan terhadap tertuduh kerana lelaki itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan difahamkan kedua-dua ibu bapanya berasal dari Thailand.

Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin selain menetapkan 18 April ini untuk mengemukakan fakta kes dan jatuh hukum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI