fbpx

61 individu merokok di premis awam dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang individu yang dikompaun atas kesalahan merokok di kedai makan dalam operasi khas dijalankan di sekitar Kemaman dan Dungun semalam.

KEMAMAN – Padah merokok di tempat awam, seramai 61 individu dikompaun Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dalam operasi khas di sekitar daerah ini dan Dungun semalam.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, setiap individu terbabit dikompaun RM250 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM15,200.

“Operasi Khas Pematuhan Peraturan- Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Zon Selatan itu bertujuan mempertingkatkan lagi penguatkuasaan undang-undang terbabit.

“Ia berikutan peningkatan aduan awam yang telah diterima berkaitan pelanggan gemar merokok di kedai makan di negeri ini,” katanya di sini hari ini.

Kasemani berkata, sebanyak 132 premis kawasan larangan merokok telah diperiksa sepanjang operasi tersebut.

Jelas beliau, ia meliputi kedai makan tumpuan ramai, hentian rehat dan rawat, hentian pengangkutan awam, premis kerajaan dan kedai menjual hasil tembakau.

“Sebanyak 61 kompaun telah dikeluarkan. Kesalahan tertinggi direkodkan adalah merokok di kedai makan dengan 52 kompaun diikuti hentian rehat dan rawat (tujuh) dan hentian pengangkutan awam (dua).

“Kompaun tersebut perlu dibayar dimana-mana pejabat kesihatan di seluruh negara dalam tempoh dua bulan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI