fbpx

Restoran K-Town rai 30 gelandangan nikmati makanan Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada kumpulan gelandangan yang menikmati makanan Korea di restoran K-Town di Desa Pandan baru-baru ini.

PETALING JAYA – K-Town Korean BBQ (K-Town) telah  meraikan 30 residen daripada Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL) untuk menikmati hidangan di salah sebuah cawangannya di G-Village, Desa Pandan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Melalui hidangan All-You-Can-Eat itu, telah berjaya memberi pengalaman baharu kepada kumpulan gelandangan tersebut merasai keenakan makanan Korea di restoran berkenaan.

Pengasas syarikat tersebut, Andy Goh berkata, ini bukan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang pertama dianjurkan kerana syarikat pernah menganjurkan satu program yang melibatkan pelajar tahfiz sewaktu pembukaan K-Town.

“Bagaimanapun untuk majlis membabitkan warga  gelandangan ini, ia  adalah yang pertama,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini. 

K-Town, sebuah syarikat berstatus pemilikan bumiputera itu kini memiliki tiga cawangan iaitu di Desa Pandan, Bukit Jelutong, Shah Alam dan juga di Holiday Villa Johor Bahru.

Selain itu, Goh menjelaskan, hidangan All-You-Can-Eat bukan sahaja bersesuaian untuk bulan Ramadan tetapi boleh dinikmati pada bila-bila masa.

Pakej berkenaan menyediakan 50 variasi menu termasuk 12 jenis minuman dengan harga berpatutan iaitu daripada serendah RM79 ++ pada hari biasa dan RM89.00++ untuk hujung minggu. Sementara kanak-kanak  dan warga emas, mereka boleh menikmati hidangan tersebut pada harga serendah RM39.00++ 

“Selain hidangan yang lazat dan berkualiti, pelanggan akan diberikan layanan seperti orang kenamaan yang mana  petugas kami akan melayan mereka sepanjang menjamu selera,” ujar Goh yang merupakan graduan kulinari dan juga bekas pramugara di Singapura sebelum ini. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI