fbpx

Wanita makan sekali seminggu demi beri makan 6 kucing peliharaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua daripada kucing milik Yasemn Kaptan. - Foto Yasemn Kaptan/SWNS

LONDON – Seorang wanita menganggur, Yasemn Kaptan hanya makan sekali seminggu supaya dia mempunyai cukup wang untuk memberi makanan enam ekor kucingnya semasa krisis kos sara hidup di Britain, lapor portal berita Daily Mirror semalam.

Kaptan, 46, yang juga orang kelainan upaya (OKU), makan seminggu sekali selama setahun kerana membelanjakan £60 (RM327.08) daripada elaun mingguannya sebanyak £69 (RM376.14) untuk haiwan peliharaannya.

Dia yang berasal dari Tottenham, juga menerima faedah hilang upaya bulanan sebanyak £400 (RM2,180) kerana penyakit menghidap penyakit osteoporosis. Dia membelanjakan wang itu untuk membayar sewa rumah dan bil utiliti.

Wanita itu berkata, dia minum teh pudina untuk menahan lapar dan hilang berat 31.75 kilogram (kg) sejak mengurangkan pengambilan makanan serta menjaga kucingnya apabila dia bekerja sebagai pembeli peribadi.

Namun, wanita berkenaan terpaksa meninggalkan pekerjaannya pada 2022 selepas disahkan menghidap osteoporosis, menyebabkan dia mengalami masalah kekurangan wang tetapi dia tidak boleh melepaskan kucing-kucing itu kerana haiwan tersebut membesar bersamanya.

Justeru, dia hanya makan sekali seminggu yang telah menyebabkan berat badannya berkurangan daripada 88.90kg kepada 57.15kg. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI