fbpx

APM sasar semua negeri tubuh Kampung Siaga 221 menjelang akhir tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINURRAHIM Mohamed (tengah) dan Sabariah (dua dari kanan) melihat bot amfibia sealeg pada majlis pelancaran Kampung Siaga 221 peringkat negeri Pahang sempena sambutan Semarak Bulan Pertahanan Awam dan Hari Wanita Kebangsaan 2023 di Dewan Padang Luas di Bera hari ini.

BERA – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyasarkan setiap negeri mempunyai satu Kampung Siaga 221 menjelang penghujung tahun ini dalam usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan persiapan awal penduduk dalam menghadapi sebarang bencana.

Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed berkata, setakat ini terdapat lima negeri telah menubuhkan Kampung Siaga 221 iaitu Kelantan, Terengganu, Perak, Sarawak, dan terkini di Pahang.

“Kampung Siaga 221 ditubuhkan bertujuan melatih komuniti atau penduduk setempat bagi kesiapsiagaan dalam menghadapi apa sahaja jenis bencana terutamanya banjir yang sering berlaku di negara kita.

“Dengan adanya Kampung Siaga 221 ini ia akan mampu bertindak dengan lebih pantas dalam usaha menyelamat mangsa atau mampu mencegah sesuatu bencana menjadi lebih teruk,”katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Kampung Siaga 221 peringkat negeri Pahang sempena sambutan Semarak Bulan Pertahanan Awam dan Hari Wanita Kebangsaan 2023 di Dewan Padang Luas di sini hari ini.

Menurut Aminurrahim Kampung Siaga 221 akan dikembangkan ke kawasan ‘hotspot’ bencana yang boleh menjejaskan harta benda awam sekali gus dapat mengurangkan risiko kehilangan nyawa atau kecederaan akibat bencana.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI