fbpx

Amir Hamzah kekal terajui Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIR (kiri) semasa menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PKIBM 2022 di Menara Arina-UNITI, Kuala Lumpur semalam

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Kolej UNITI Port Dickson, Amir Hamzah Md. Isa kekal menerajui Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) bagi penggal 2023/2024.

Amir Hamzah, 55, yang merupakan penyandang jawatan Presiden sejak tiga penggal lalu menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan PKIBM 2022 ke-23 yang berlangsung di Menara Arina UNITI di sini semalam.

PKIBM yang ditubuhkan sejak tahun 2000 merupakan persatuan tunggal berdaftar yang mewakili kepentingan dan menjunjung aspirasi institusi pendidikan tinggi (IPT) swasta milikan Bumiputera yang diiktiraf Kementerian Pendidikan Tinggi.

Pada sesi pemilihan itu juga. Pengerusi University College of Aviation Malaysia, Kapten TUDM (B) Ab Manan Mansor turut dipilih semula sebagai Timbalan Presiden.

Presiden Geomatika University Malaysia, Prof. Datuk Dr. Mohaizi Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif East West International College, Prof Datuk Dr Abdul Murad Ahmad turut mengekalkan jawatan Naib Presiden 1 dan 2 yang disandang sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Ranaco Education and Training Institute, Ahmad Firdhaus Ramlan serta Ketua Pegawai Eksekutif Murni International College, Dr. Ramlee Mohd Junus masing-masing dilantik sebagai Setiausaha Agung dan Penolong Setiausaha Agung PKIBM.

Turut dilantik dalam pemilihan kali ini ialah Naib Canselor University College MAIWP International, Prof. Dr Wan Azizi Wan Sulaiman sebagai Bendahari manakala Ketua Pegawai Eksekutif MSU College, Mohd. Adnan Rosley sebagai Penolong Bendahari.

Pada majlis yang dihadiri lebih 56 orang perwakilan mewakili 39 daripada 54 IPTS milikan Bumiputera yang menganggotai PKIBM, seramai tiga Ketua Pegawai Eksekutif IPT turut dipilih perwakilan sebagai ahli jawatankuasa eksekutif bagi penggal 2023/2026.

Mereka ialah Datuk Mazlan Abdullah (Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics) Norhisyam Abdul Rahman (Kolej Universiti WIDAD) dan Mohd Shafie Sarip (Shipping and Aviation College).

Ketua Pegawai Eksekutif International Islamic College, Shaik Faridhudheen Anverdeen dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej UNITI Kota Bharu, Seri Banun Bahtiar pula diumumkan sebagai Auditor Kehormat 1 dan 2.

Dalam pada itu, Auditor Kehormat 1 dan 2 bagi penggal 2020/2023 iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Queens, Alkmar Nazrul Alias dan Pengarah Urusan Kolej Universiti Alfa, Fairuz Kamarulzaman turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa eksekutif bagi sesi kali ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI