fbpx

Laos negara paling murah untuk dilawati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laos menduduki tempat pertama dalam senarai negara paling murah untuk dikunjungi dengan purata perbelanjaan harian ialah RM67.17. - AFP

WASHINGTON – Laos mendahului senarai sebagai negara paling murah untuk dikunjungi dengan purata perbelanjaan harian hanya AS$15 (RM67.17), lapor laman berita Thaiger semalam.

Senarai 10 buah negara itu meletakkan Turkiye di tempat kedua dengan purata perbelanjaan harian AS$23 (RM102.91).

Ia diikuti dengan Indonesia pada AS$47 (RM210.30), Thailand dengan AS$52 (RM232.67), Hungary sebanyak AS$70 (RM313.21), Costa Rica sebanyak AS$81 (RM362.43) dan Mexico dengan AS$93 (RM416.13).

Turut memasuki senarai utama adalah Republik Dominican iaitu perbelanjaan berjumlah AS$110 (RM492.19), Portugal dengan AS$116 (RM519.04) dan Greece sebanyak AS$131 (RM586.16).

Tinjauan itu dijalankan oleh majalah Kiplinger yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) yang merupakan penerbit ramalan perniagaan dan nasihat kewangan peribadi AS.

Thailand dikenali mempunyai harga penginapan murah dengan purata AS$21 (RM93.96) semalam dan perbelanjaan makan berharga sekitar AS$14 sehari (RM62.64), demikian menurut majalah tersebut.

Walaupun penerbangan ke Thailand boleh menjadi agak mahal pada masa-masa tertentu dalam setahun, Kiplinger menyatakan terdapat penjimatan pada perbelanjaan lain. 

Selain mesra bajet, Thailand juga terkenal dengan pantai tropika, patung Buddha dan pilihan makanan yang lazat di restoran serta pasar jalanan. 

Justeru, tidak hairanlah Thailand secara konsisten menjadi negara yang paling banyak dikunjungi orang ramai di Asia Tenggara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI