fbpx

Kakitangan kerajaan dicekup rasuah sijil kesihatan ikan arowana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Seorang kakitangan agensi kerajaan ditahan selepas disyaki terlibat dalam rasuah berjumlah RM1,700 dalam sijil kesihatan ikan arowana bagi tujuan eksport.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira jam 4 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Selangor.

Kata sumber, suspek yang bertugas sebagai penolong pegawai di agensi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disyaki meminta dan menerima rasuah RM1,700 daripada pengusaha syarikat pengeskport ikan.

“Wang rasuah tersebut telah dimasukkan ke akaun bank milik suspek dengan perbuatan itu dilakukan pada Disember tahun lalu.

“Ini sebagai balasan untuk membantu mengeluarkan sijil kesihatan ikan arowana bagi tujuan eksport,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Jelas beliau, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Sabak Bernam pagi esok bagi mendapatkan permohonan reman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI