fbpx

Eina Azman menangis, netizen harap bukan sebab penyondol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EINA AZMAN

PETALING JAYA – Tindakan pelakon, Datin Paduka Eina Azman memuat naik video sedang menangis mencetuskan tanda tanya dan kegusaran ramai.

Lebih mendatangkan persoalan apabila hantaran tersebut turut disertakan kapsyen berkaitan sikap individu yang tidak tahu menghargai insan lain.

“Jika seseorang tidak menghargai kehadiran anda, buatkan mereka menghargai ketiadaan anda,” demikian luahannya menerusi aplikasi TikTok.

Sudah pasti pengikut maya bimbang apatah lagi selama ini isteri kepada ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden itu banyak berkongsi video fesyen, keluarga dan aktiviti harian yang menggembirakan.

Dalam ruangan, komen peminat menitipkan nasihat, malah ada juga yang mula membuat pelbagai spekulasi berhubung perkongsian ibu kepada dua cahaya mata itu.

Ini berikutan sukar melihat Eina yang juga personaliti dunia masakan berduka kecuali ketika suaminya dijangkiti Covid-19, serta dia dimasukkan ke wad berikutan penyakit yang dirahsiakan.

Berikutan tiada sebarang perincian, dalam kalangan warga maya mengaitkan pula tangisan pelakon The Maid itu dengan isu ‘penyondol’ yang kini menjadi topik hangat.

“Aduhai saya tak mahu keadaan ini jadi terkait dengan kes sondol menyondol,” tulis seorang pengikut media sosialnya.

“Siape yang buat kak Eina Azman kita menangis,” tanya peminat lain pula.

“Tengok dia yang terpaling bahagia di luaran. Tapi hati menyimpan seribu satu luka,” ungkap seorang pengguna.

“Datin tak pernah menangis, tapi kali ini kenapa,” luah seorang lagi pengikut.

Usaha Kosmo! Online mendapatkan Eina tidak berhasil apabila panggilan telefon tidak berjawab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI