fbpx

Mahkamah: Penjawat awam disyaki ambil rasuah ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang pengurus jabatan kerajaan persekutuan di negeri ini direman tujuh hari, bermula hari ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa.

Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri membenarkan perintah reman itu setelah menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di sini semalam.

Sumber SPRM berkata, lelaki berusia 44 tahun tersebut disyaki menyalahgunakan jawatannya bagi mendapatkan suapan untuk dirinya sendiri melalui perolehan kerja pembaikan kenderaan jabatan terbabit.

Beliau berkata, siasatan awal percaya perbuatan tersebut dilakukan suspek antara tahun 2019 hingga 2022.

“Suspek juga disyaki mengambil suapan antara RM1,500 sehingga RM6,000 bagi setiap perolehan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya, di sini hari ini.

Sumber SPRM berkata, sebelum itu, lelaki terbabit telah ditahan sewaktu hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri, di sini pada pukul 4.50 petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI