fbpx

Kuda berkeliaran di LPT 2, kenderaan bawanya kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seekor kuda berkeliaran di tengah laluan lebuh raya di KM 251.9, LPT 2 berhampiran Cheneh, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) gempar apabila seekor kuda terlepas berkeliaran selepas kenderaan yang membawanya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 251.9, LPT 2 berhampiran Cheneh, di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, kuda berwarna putih tersebut berkeliaran di tengah-tengah lebuh raya berkenaan tanpa arah sebelum berjaya dijinakkan dan ditangkap semula pemiliknya kira-kira satu setengah jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian bermula apabila kenderaan pikap jenis Ford yang membawa kuda terbabit terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.

Beliau berkata, sewaktu kejadian, kenderaan pikap terbabit dalam perjalanan untuk membawa kuda berkenaan ke Kuala Terengganu dari Johor Bahru.

“Kemalangan tersebut telah mengejutkan kuda terbabit yang kemudiannya bertindak keluar dan berlari tanpa arah di laluan lebuh raya berkenaan.

“Kedua pemandu kenderaan terlibat yang masing-masing berusia 34 dan 48 tahun tidak mengalami kecederaan serius,” katanya, di sini hari ini.

Hanyan berkata, pemilik kuda terbabit yang berusia 48 tahun akhirnya berjaya memujuk dan menjinakkan haiwan peliharaannya pada pukul 11 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI