fbpx

Kosmo! terima anugerah khas Penyedia Kandungan Berita Dalam Talian Cemerlang KBEA 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nazwan (tengah) dan Shahir (kanan) menyampaikan anugerah khas kategori Penyedia Kandungan Berita Dalam Talian Cemerlang KBEA 2023 yang diterima Kosmo! kepada Muhammad Ayman di Hotel Perdana, Kota Bharu, hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Akhbar Kosmo! menerima anugerah khas bagi kategori Penyedia Kandungan Berita Dalam Talian Cemerlang pada Anugerah Perniagaan Keusahawanan Kelantan (KBEA) 2023 di Hotel Perdana di sini hari ini.

Anugerah tersebut diterima oleh wakil negeri Kosmo! Kelantan, Muhammad Ayman Ghaffa.

Selain itu, portal Sirap Limau turut menerima anugerah khas Penyedia Kandungan Gaya Hidup Dalam Talian Cemerlang, Stesen Radio Di Pantai Timur Cemerlang (Manis FM) dan Stesen Radio Nombor Satu Di Pantai Timur (Gegar FM).

Anugerah tersebut disampaikan oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Mohd. Nazwan Ismail.

Dalam majlis sama, 25 buah syarikat perniagaan, universiti, hospital, agensi kerajaan, pempengaruh media sosial dan selebriti dari Kelantan turut menerima anugerah khas KBEA bagi kategori masing-masing.

Pengerusi KBEA, Shahir Adnan berkata, KBEA 2023 dianjurkan untuk membantu meningkatkan taraf dan imej usahawan dalam usaha untuk memajukan perniagaan.

Menurutnya, pihak KBEA menerima pencalonan sebanyak 128 penyertaan, namun hanya 30 penerima layak menerima anugerah berdasarkan penilaian Jawatankuasa KBEA.

“KBEA 2023 dijalankan buat kali kedua pada tahun ini dan majlis anugerah ini berhasrat untuk menyokong selain memberi pengiktirafan kepada golongan usahawan yang berjaya dalam industri masing-masing.

“Bertemakan ‘Ayuh, Kami Raikan Kehebatan Anda, KBEA berjaya membuktikan sektor perniagaan dan keusahawanan anak Kelantan tetap berkembang maju,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI