fbpx

49 syarikat pelitup muka dapat sijil penandaan SIRIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Sabirin (dua kiri) dan Pengarah Hannan Medispa, Datuk Dr. Mohd. Hannan Mohd. Yusof. Mohd. Hannan (dua kanan) ketika menandatangani MoA di SIRIM Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM- Sebanyak 49 buah syarikat pengeluar dan pengedar pelitup muka telah mendapat sijil penandaan daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SIRIM Berhad (SIRIM), Datuk Dr. Ahmad Sabirin Arshad berkata, keperluan sijil penandaan itu selaras dengan penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Pelitup Muka Bukan Perubatan) 2022 pada 1 Julai ini.

“Setakat inj, 49 syarikat ini telah menerima 67 sijil penandaan SIRIM dengan ada beberapa syarikat yang mendapat lebih dari satu sijil penandaan.

“Kita memberi sijil penandaan berdasarkan standard kita dan yang telah ditetapkan beberapa badan antarabangsa tetapkan,” katanya dalam sidang akhbar di SIRIM Shah Alam, di sini, hari ini.

Dalam pada masa, Ahmad Sabirin memaklumkan sebanyak 49 buah syarikat lagi sedang menunggu kelulusan daripada pihaknya bagi mendapatkan sijil penandaan itu. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI