fbpx

Gaji permulaan kecil, faktor simpanan KWSP sikit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Gaji permulaan lebih rendah bagi mereka yang memulakan kerjaya sebelum gaji minimum dilaksanakan pada 2013, antara faktor jumlah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kumpulan usia 40 hingga 54 tahun mempunyai baki RM10,000 atau kurang.

KWSP dalam kenyataannya memaklumkan, faktor lain seperti cabaran struktur gaji di mana 44 peratus penyumbang KWSP mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,000 dan 81 peratus mempunyai pendapatan kurang daripada RM5,000.

“Selain itu, caruman tidak konsisten disebabkan oleh ahli beralih keluar dan masuk dari sektor formal, di mana hanya 45 peratus daripada 4.81 juta ahli dalam kumpulan umur ini telah membuat caruman pada tahun 2022, manakala selebihnya tidak membuat sebarang caruman pada tahun lepas.

“Hanya separuh daripada tenaga kerja sektor swasta di bawah kontrak pekerjaan formal diwajibkan untuk membuat caruman kepada KWSP. Tenaga kerja selebihnya terdiri daripada individu dalam sektor lain seperti pertanian, pekerjaan tidak formal, pekerja kontrak atau pemilik perniagaan,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu, faktor terakhir ialah sebanyak 2.85 juta atau 59 peratus daripada ahli dalam kumpulan umur ini telah memohon satu atau lebih daripada pengeluaran berkaitan Covid-19 dan mengeluarkan sebanyak RM62 bilion, seterusnya mengurangkan lagi jumlah simpanan mereka.

KWSP menjelaskan, sehingga akhir Disember 2022, terdapat 4.81 juta ahli dalam lingkungan umur 40 hingga 54 tahun, dengan 2.17 juta merupakan ahli aktif dan 2.64 juta ahli tidak aktif (didefinisikan sebagai tidak membuat sebarang caruman dalam setahun lepas).

Sementara itu, KWSP menyambut baik inisiatif sumbangan ‘one-off’ sebanyak RM500 oleh kerajaan yang akan terbuka kepada ahli aktif dan tidak aktif sebagai langkah untuk meningkatkan simpanan persaraan ahlinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI