fbpx

Dewan Rakyat: Baki caruman KWSP dibenar jadi sandaran pinjaman peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju memberi peluang kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membuat pinjaman dari bank dengan jaminan cagaran daripada agensi berkenaan.

Bagaimanapun kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pencarum mestilah mempunyai baki mencukupi dan kaedah itu ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang terdesak untuk mendapatkan pinjaman kewangan.

“Ramai ahli-ahli Yang Berhormat bangkitkan isu ini, saya menerima baik teguran-teguran ini. Tapi kita kena ingat prinsip KWSP adalah untuk simpanan hari tua.

“Prinsip saya ialah wang KWSP adalah untuk simpanan hari tua dan kita beri kelonggaran zaman Covid-19, malah negara yang memberi kelonggaran sama juga sudah membatalkan kaedah itu.

“Maka saya akan pastikan supaya KWSP memberikan ruang kepada pencarum yang mempunyai wang dan dalam keadaan terdesak pinjam dari bank, dengan kolateral jaminan cagaran bank, ini yang terbaik,”katanya pada sesi penggulungan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan beberapa pemimpin termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memohon agar kerajaan meluluskan pengeluaran bersasar KWSP di Dewan Rakyat.

Jelas Ahli Parlimen Bera itu, bantuan RM500 yang dimasukkan ke dalam akaun KWSP yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Belanjawan 2023 baru-baru ini adalah satu usaha murni, namun ia bagi kegunaan pada hari pencen nanti.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI